Selawat Relaksasi (UNIC)

Published in:

Jom beli... ^_^

Sy dah beli... tenang hati ini bila dengar alunan selawat.. Terutama skali kalau dengar lepas subuh... sambil study ke.. 





a) Bacaan Ayat Al-Quran 
b) Relaksasi Fatih 
c) Meditasi 1 
d) Selawat Kekuatan Rohani 
e) Selawat Cahaya 
f) Selawat Terapi Jiwa 
g) Selawat Dimurahkan Rezeki 
h) Meditasi 2 
i) Selawat Keyakinan Diri 
j) Selawat Dilapangkan Fikiran 
k) Selawat Kebahagian 
l) Binnabil Huda (Akustik) 
m) Instrumental Relaksasi Selawat

Read More...

Album Zikir Terbaru

Published in:

Assalamualaikum, dah lama rasanya tak update blog sy ni...
Ha, sy nak share album2 zikir dgn anda semua... (ade ke org bace blog sy ni??) haha...



1. Hafiz Hamidun (Terapi Diri)






 a) Astaghfirullah (3:33)
b) La Ilaha Illallah (3:33)
c) Subhanallah (3:30)
d) Taubatan Nasuha (3:20)
e) Hasbi Rabbi (2:59)
f) La Hawla Wa La (4:36)
g) Alhamdulillah (3:28)
h) Ya Zaljala (3:54)
i) Ya Latif (3:16)
j) Allah (3:36)
k) Lawkana Bainana (3:11)



2. Fitri Haris (Zikir Terapi Munajat)




 a) Subhanallah (3:12)
b) Allah Allah (3:09)
c) Fasubhana (3:05)
d) Hasbi Rabbi Jallallah ( 3:57)
e) Laisalaha (3:53)
f) Lailahaillah (4:11)
g) Astaghfirullah (3:20)
h) Tubna Ilallah (3:50)
i) Suara Azan (3:11)



 3. Imam Muda Najdi (Zikir Terapi Selawat)




 a) Tola'al Badru 'Alaina
b) Allahumma Solli 'Ala Muhammad
c) Solla 'Alaikallah
d) Salamun 'Alaih
e) Solatullah
f) Sollallah 'Ala Muhammad
g) Ya Habibi
h) Selawat & Salam
i) Ya Nabi Salam
j) Salamun 'Alaih (Bonus)



4. Halim Ahmad (Perindu Syurga)
 
 
 
 
 a) Alhamdulillah
b) Hasbi Rabbi
c) Subhanallah
d) 'Audzubillah
e) La Ilaha Ilallah
f) Allahu Rabbi
g) Zikir Iktidal
h) Hauqalah
i) Allahul Mulk
j) Dalam Sujud Cintaku
 
 
 

Dah dengar semua?? ha, jom dapatkan di pasaran sekarang. Basahkan lidah kita dgn berzikir. Sambil dpt memajukan industri nasyid, dapat pahala sekali gus kerana mengingati Allah S.W.T. 

InsyaAllah... ^_^ 

Read More...


 
Dari ‘Aisyah radhiallahu anha dia berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ


“Nabi S.A.W bila memasuki sepuluh akhir (dari bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarung, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya “.
(HR. Al-Bukhari no. 1884 dan Muslim no. 2008)

Dalam lafazh yang lain:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ


“Pada sepuluh terakhir bulan Ramadlan Rasulullah S.A.W lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya.”
(HR. Muslim no. 2009)

Ada dua penafsiran di kalangan ulama mengenai makna ‘mengencangkan sarung’:
a.    Ini adalah kiasan dari memperbanyak ibadah, fokus untuk menjalankannya, dan bersungguh-sungguh di dalamnya.
b.    Ini adalah kiasan dari menjauhi berhubungan dengan wanita. Ini adalah pendapat Sufyan Ats-Tsauri dan yang dirajihkan oleh Al-Hafizh Ibnu Rajab rahimahumallah.
Makna ‘menghidupkan malam’ adalah mengisinya dengan ibadah dibandingkan tidur yang merupakan saudara dari kematian.
Makna ‘membangunkan keluarga’ adalah mendorong dan memerintah keluarga untuk mengisi malam-malam itu dengan ibadah.


Pada dasarnya, membangunkan keluarga untuk solat malam adalah hal yang disunnahkan. Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّى وَأَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي وَجْهِهَا الْمَاءَ رَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ وَأَيْقَظَتْ زَوْجَهَا فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ


“Allah merahmati seseorang yang bangun malam kemudian solat lalu membangunkan isterinya, apabila isterinya menolak, dia akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah merahmati seorang isteri yang bangun malam lalu solat, kemudian dia membangunkan suaminya, apabila suaminya enggan, maka isterinya akan memercikkan air ke muka suaminya.”
(HR. Abu Daud no. 1113, An-Nasai no. 1592, dan Ibnu Majah no. 1326)

Akan tetapi hal ini lebih disunahkan lagi di 10 terakhir ramadhan. Berqiamullail mengandungi banyak keutamaan sehingga tidak sepatutnya bagi seorang muslim atau keluarganya untuk meniggalkannya. 10 hari terakhir juga adalah penutup bulan ramadhan, sementara setiap amalan itu tergantung dengan penutupnya. 
Sebagaimana dalam hadis Sahl bin Sa’ad R.A bahawa Nabi S.A.W bersabda:
وَإِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

“Dan sungguh amalan itu ditentukan dengan penutupannya.”
(HR. Al-Bukhari no. 6117)
Kemudian, ibadah yang dianjurkan untuk dilakukan pada 10 hari ini tidak terbatas pada qiamullail saja, akan tetapi mencakup semua jenis ibadah seperti membaca Al-Qur`an, berzikir, berdoa, bersedekah, dan selainnya.Di antara keistimewaan 10 hari ini adalah di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan atau yang dikenal dengan malam al-qadr. Pada malam ini juga banyak ayat Al-Qur`an diturunkan secara beransur-ansur, pada malam ini ditetapkan takdir untuk setahun berikutnya, dan pada malam ini terdapat banyak pengampunan. 

Allah Ta’ala berfirman yang artinya, “Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan Sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (yaitu) urusan yang besar dari sisi kami. Sesungguhnya Kami adalah yang mengutus rasul-rasul.” (QS. Ad-Dukhan: 3-5)

Dari Abu Hurairah R.A dia berkata bahwa Rasulullah S.A.W bersabda:


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap (pahala dari Allah), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Dan siapa yang menegakkan (solat pada malam) pada lailatul Qadr dengan keimanan dan mengharap (pahala dari Allah), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”
(HR. Al-Bukhari no. 34 dan Muslim no. 1268)

Kerana semua keutamaan inilah, sebahagian ulama berpendapat bahawa 10 terakhir ramadhan itu lebih utama dibandingkan 10 hari pertama dzulhijjah. Wallahu a’lam.

Sumber : al-atsariyyah.com

Read More...

Assalamualaikum warahmatulah hiwabarakatuh...^^

RAMADAN yang bakal menjengah disambut penuh kesyukuran dan tidak kurang ada mengeluh kerana terpaksa berpuasa. Begitulah pelbagai ragam dan situasi yang mewarnai pentas kehidupan umat sempena kedatangan Ramadan penuh berkat.

Bagi umat Islam yang bertakwa, bulan Ramadan disambut penuh kegembiraan sambil menantikan pelbagai keistimewaan serta ganjaran berlipat ganda dijanjikan kepada sesiapa yang menunaikan ibadat puasa dengan ikhlas dan sabar.

Ramadan menuntut setiap Muslim supaya merenung dan bermuhasabah diri untuk melakukan persiapan sebelum, semasa dan selepas Ramadan. Muhasabah penting kerana Ramadan hanya datang sekali setahun.
Oleh itu, biarlah Ramadan kali ini menjanjikan yang terbaik dan setiap Muslim memanfaatkan bulan diberi segala rahmat, kelebihan serta keistimewaan terhimpun sepanjang Ramadan dengan berpuasa pada siang harinya dan beribadat sunat pada malam harinya.

Persediaan pertama wajib dilakukan setiap Muslim ialah persediaan jasmani dan rohani kerana amalan ibadat sepanjang Ramadan berkaitan dengan amalan zahir batin membabitkan penyertaan jasmani dan rohani setiap Muslim.

Rasulullah SAW membuat persediaan menyambut Ramadan dengan berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban. Bulan Rejab adalah permulaan bulan mulia dan bagi orang Mukmin bertakwa, mereka tidak akan melepaskan peluang memanfaatkan kelebihan Rejab dan Syaaban untuk melipatgandakan amalan soleh lebih-lebih lagi ibadat puasa sunat.
Justeru, tidak hairanlah Rasulullah SAW kerap kali berdoa setiap kali datangnya bulan Rejab dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban ini, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

Begitulah persiapan orang Mukmin yang benar-benar bertakwa dan beristiqamah dalam hidupnya sehingga mereka mempersiapkan diri bukan saja dari sudut fizikal, tetapi juga rohani. Mereka sudah mula membersihkan diri dan hati sebelum menyambut bulan Ramadan.

Seorang ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk memohon ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban pula memperbaiki hati daripada segala kecacatan dan Ramadan untuk memberi penerangan hati, sedang malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala.”

Selain itu, setiap Muslim juga dituntut mengulangkaji segala persoalan berkaitan masalah ibadat puasa, baik mengenai rukun, syarat, sunat, makruh, adab, faedah, manfaat, rahsia dan hikmah terkandung di dalamnya.
Kesempurnaan ibadat puasa dan penerimaannya di sisi Allah bergantung kepada cara pelaksanaan ibadat itu sama ada berdasarkan sunnah Rasulullah ataupun sebaliknya. Malah, mengetahui cara melakukan ibadat puasa dengan betul antara ciri ketakwaan yang ditegaskan Allah sebagai objektif utama pensyariatan ibadat puasa kepada umat Islam.

Sepanjang berpuasa, setiap Muslim diwajibkan berusaha mengekang diri daripada segala kecenderungan negatif yang boleh mencacatkan kesempurnaan fadilat puasa kerana matlamat utama puasa ialah menahan diri daripada segala runtunan hawa nafsu duniawi baik yang kecil mahupun yang besar.

Seiringan itu, setiap Muslim seharusnya memperbanyakkan amalan salih pada malam harinya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, solat witir, solat tahajud, tadarus al-Quran dan iktikaf.

Pada siangnya pula, tertumpu pada ibadat puasa serta tuntutan tanggungjawab lain.

Bukankah Allah menjanjikan pahala satu amalan wajib di bulan Ramadan menyamai 70 amalan wajib pada bulan yang lain dan satu amalan sunat pula menyamai satu amalan wajib pada bulan lain. Sewajarnya umat Islam berebut-rebut untuk mendapatkan ‘tawaran istimewa’ Allah ini.

Ibadat puasa tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi seseorang Muslim melakukan kerja sehariannya ikhlas kerana Allah. Perlu ditegaskan sebarang aktiviti dan kerja jika diniatkan ikhlas kerana Allah akan bernilai menjadi satu ibadat.

Sementara semua amalan ibadat akan diberikan Allah ganjaran sehingga ratusan kali ganda. Untuk itu, mengapa perlu disia-siakan detik berharga yang menghiasi sepanjang Ramadan sehingga diisi dengan tidur dan bermalas-malasan sepanjang hari.

Alangkah ruginya manusia yang tidak memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan Allah hamparkan sepanjang Ramadan ini.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya supaya menyambut Ramadan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan supaya Ramadan yang bakal mendatang menjanjikan keberkatan, kerahmatan dan keredaan Ilahi.

Perumpamaan Ramadan samalah seperti kedatangan seorang tetamu besar yang datang bersama buah tangan atau hadiah khas kepada tuan rumah. “Keberkatan” buah tangan itu tentunya hanya diberi kepada tuan rumah yang menyambut kedatangan dengan baik dan ceria, bukan ala kadar saja. =)

wassalam...

Read More...


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.

Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.

Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.

Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Artis - Hafiz Hamidun
Tajuk - Marilah Berzikir

Sama2 kita amalkan dlm kehidupan seharian...^^ 

Rujukan:Halaqah.net 

Read More...

NIKMAT SYURGA......

Published in:

   

Hakikatnya, alam syurga termasuk dalam perkara ghaibiyyat yang wajib diimani dan diyakini kewujudannya. Alam syurga pula adalah kemuncak nikmat anugerah Allah swt kepada seluruh hambaNya yang soleh dan bertakwa kepadaNya. Yang pasti, manusia tidak mampu menggambarkan keadaan sebenar syurga sama ada dari sudut keindahannya, keluasannya dan kenikmatannya. Namun begitu, syurga adalah kemuncak nikmat yang paling besar dan ianya bersifat kekal. Di dalam al-Quran terdapat ratusan ayat yang menjelaskan tentang kenikmatan alam syurga. Sebagai contoh nikmatnya, Allah swt berfirman yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa akan berada di tempat yang aman iaitu di dalam taman-taman dan mata air ( syurga ). Mereka memakai pakaian sutera yang halus dan sutera yang tebal, duduk berhadap-hadapan. Demikianlah dan Kami berikan kepada mereka bidadari. Di sana mereka meminta segala macam buah-buahan dengan aman dari segala kekhuatiran” ( al-Dukhan: 51-54 ). Diriwayatkan dalam hadis Qudsi bahawa Rasulullah saw bersabda: “ Bahawa Allah swt berfirman: Aku sediakan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata ( tentang keindahannya ), tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorang ” ( al-Bukhari ). Bagaimanakah keadaan sebenar di dalam syurga dan neraka kelak ? Perkara itu diperlihatkan oleh Allah swt kepada Rasulullah saw dalam perjalanan Israk dan Mikraj. Baginda saw telah memasuki syurga dan melihat ke dalamnya dengan diiringi Jibril serta melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia.Dalam hal alam syurga juga diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: " Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak berhingus, sisir rambut mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka berbau kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Nabi Adam alaihissalam setinggi enam puluh hasta "

Syurga berada dalam keadaan bertingkat-tingkat dan setiap tingkat pula berbeza keadaannya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan " Al-Firdaus ". Diriwayatkan bahawa di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsh al-Rahman ”. Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah swt dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Tentang pintu-pintu syurga pula, dijelaskan oleh al-Quran dalam surah Shaad ayat 49-50 yang bermaksud: " Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar ( disediakan ) tempat kembali yang baik, ( iaitu ) syurga ’Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka ”

Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fatani dalam kitabnya “ Kasyful Ghaibiyyah ” menerangkan tentang nikmat syurga dan penduduknya kelak dengan dinukilkan kata-kata Ibnu Abbas: “ Bahawa syurga itu mempunyai 8 buah pintu gerbang. Antaranya adalah pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa yang dinamakan pintu Ar-Rayyan. Rasulullah saw berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Dalam hal ini, Allah swt berfirman dalam surah Muhammad ayat 15 yang bermaksud: "Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih.” Di dalam syurga juga terdapat juga buah delima dan segala macam buah-buahan . Kemudian keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar pula burung yang bentuknya seperti unta.

Sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kauthar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata dan tanahnya dari wangian yang paling wangi. Tepian sungai pula terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara. Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya : " Barangsiapa meminum air dari Al-Kauthar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus selama-lamanya” . Menurut riwayat hadis Rasulullah saw tentang nikmat syurga, bahawa Allah menciptakan taman-taman di dalam syurga bagi penghuninya. Ada dua bentuk taman di syurga: Dua taman yang dicipta Allah swt daripada emas dengan segala apa yang ada padanya dan dua taman yang dicipta Allah swt daripada perak dengan segala apa yang ada padanya ( al-Bukhari dan Muslim).
Di dalam taman-taman tersebut terdapat pelbagai jenis buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, mata air dan sungai yang terus menerus mengalir airnya dengan tenang. Al-Tabrani meriwayatkan bahawa di dalam taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang subur dengan sifatnya ada yang rendang, besar, tinggi dan luas. Perhatikan maksud firman Allah swt yang menegaskan tentang keindahan alam syurga, antaranya dari surah al-Ghaasyiah: “ dalam syurga yang tinggi, tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna, di dalamnya ada mata air yang mengalir, di dalamnya ada takhta-takhta yang ditinggikan dan gelas-gelas yang terletak didekatnya dan bantal-bantal sandaran yang tersusun dan permaidani yang terhampar”.

Di dalam syurga juga terdapat teman-teman yang baik akhlaknya dan cantik rupanya, iaitu bidadari yang hanya tinggal di tempat tinggal masing-masing. Bidadari ini cantik berseri seperti permata delima dan marjan. Kulit mereka putih melepak, cantik matanya, malah pandangannya tertumpu kepada mereka semata-mata.

Bidadari ini juga tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin. Mereka bersenang lenang, bergurau senda di atas cadar hijau warnanya dan permaidani yang sangat indah. Golongan yang bertuah ini disebut sebagai ' Ashabul Yamin ' (golongan kanan). Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu, berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pohon pisang yang tersusun buahnya dan naungan yang terbentang luas; dan air yang tercurah; dan buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buah-buahan yang banyak tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya." (Al-Waqiah: 27-33).


Dalam satu riwayat, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya di dalam syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” ( al-Bukhari ).

Ketika Rasulullah saw di Mikraj ke langit, baginda diperlihatkan oleh Allah swt bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga, dan Nabi saw bersabda yang bermaksud: “ Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” ( al-Bukhari dan Muslim )

Hakikatnya, alam syurga adalah kemuncak kenikmatan dalam sesebuah kehidupan, kerana Allah swt akan menyediakan nikmat yang abadi kepada golongan yang beriman dan mentaatiNya. Akhirnya syurga yang penuh dengan segala nikmat adalah destinasi abadi kepada seluruh hambaNya yang benar-benar beriman dan mentaati Allah swt semasa hidupnya di alam bumi.

                                                   Sumber: Ustaz Roslan Mohamed's Facebook 

 

Marilah sama2 kita beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T supaya kita ditempatkan oleh Nya di syurga kelak. Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan mengejar mu. Tetapi jika kita kejar dunia yang tidak seberapa(indahnya), akhirat akan meninggalkan kamu. Alangkah ruginya jika kita memilih dunia semata-mata. Hanya mendapat kebahagiaan yang tidak seberapa, tetapi kehilangan kebahagiaan yang hakiki. Jadi, kejarlah akhirat. Kedua-dua kebahagiaan kita akan dapat. 


InsyaAllah..... Amiinn... :D

Read More...

Peringatan bersama..^_^

Published in:

Benar..jodoh itu ketentuan TUHAN..tapi kita akan ada terma merisik..??salah ke merisik..??x salah bahkan dianjurkan supaya x tersalah pilih..hmm..


Untuk adam..Andai mahu mencari hawa..
  
   

1. Jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..



2. Jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..



3. Jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..



Untuk hawa..Andai mahu menerima cinta adam..


1. Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..



2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..



3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..


Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu..wallahualam....



sekadar renungan bersama..^^

Read More...

Memory